Monday, August 20, 2007

KEM MOTIVASI REMAJA

Sempena dengan cuti persekolahan ini Persatuan Penduduk Palma Puteri Perak menganjurkan Kem Motivasi untuk Remaja dari umur 13 tahun hingga 17 tahun bertempat di Perkarangan kawasan Lapang Palma Puteri Perak. Bermula dari 20 Ogos 2007 hingga 22 Ogos 2007, yuran penyertaan Rm 10.00 untuk seorang termasuk makan dan minum.

Tuesday, July 17, 2007

Gambar Membaik Pulih kerosakan surau Al- Ikhwan











Kerja-kerja membaikpulih surau Al-Ikhwan Palma Puteri & Perak






Sumbangan di alu-alukan.
























Monday, July 9, 2007

Kemudahan Apartment Palma Puteri & Perak

1. Kemudahan Khidmat Penyelenggara Bangunan

2. Kemudahan Kawalan Keselamatan 24 jam

3. Kemudahan Surau (surau Al- Ikhwan)

4. Kemudahan Dewan orang ramai

5. Gelanggang Badminton

6. Gelanggang Ping Pong


DARI SURAU AL-IKHWAN PALMA PUTERI PERAK
..........................................................................................................................................................................
Surau Al-Ikhwan




Rujukan Kami : MII/06/03/07/07
Tarikh : 3hb Julai 2007 (17 Jamadil Akhir 1428)
Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.

Tuan-tuan & Puan-puan,

PER: RAYUAN BANTUAN BAGI TUJUAN MEMBAIKPULIH SURAU AL-IKHWAN,PALMA PUTERI,
KOTA DAMANSARA, SELANGOR.

Dengan hormatnya dirujuk kepada perkara seperti ditajuk.

Saya, Mohd Ibrahim Idris, Pengerusi Surau Al-Ikhwan Palma Puteri/Perak, Seksyen 6 Kota Damansara, saya sebagai wakil dari surau tersebut ingin memohon secara bertulis kepada pihak tuan di atas tujuan memohon rayuan bantuan tersebut. Surau Al-Ikhwan adalah antara surau yang telah berdaftar di JAIS. Surau tersebut terletak di jalan Cecawi 6/6, seksyen 6, KOTA DAMANSARA berdekatan dengan Apartment PKNS: Palma Putri/Perak.

Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, surau kami telah beroperasi selama lebih kurang 3 tahun dan kos untuk penjagaan surau sepanjang tempoh itu di tampung sepenuhnya dari tabung surau. Surau kami tidak mempunyai dana tetap melainkan daripada kutipan sesama AJK kuasa surau dan juga kutipan dari tabung surau. Atas sebab itulah kami memohon jasa pihak tuan/puan agar mempertimbangkan rayuan kami untuk memohon bantuan ini.

Surau kami telah mengalami kerosakan yang agak teruk di kawasan tandas muslimat yang mana ianya tidak boleh digunakan sama sekali. Begitu juga dengan tandas muslimin. Ini amat ketara sekali di sepanjang bulan ramadhan yang lepas yang mana ianya memberi ketidak-selesaan yang amat sangat kepada para jemaah. Surau kami juga tidak mempunyai stor yang khusus bagi tujuan penyimpanan perkakasan surau. Ini amat merisaukan pihak surau yang terpaksa berhadapan dengan kecurian. Pihak surau juga bercadang untuk menutupi semua longkang-longkang di sekeliling surau kerana ianya telah mendatangkan banyak kecederaan terutama kepada kanak-kanak.

Untuk pengetahuan semua, pihak surau telah menerima bantuan dari pusat Zakat Selangor melalui kelulusan pihak JAIS bagi tujuan pembaikan tetapi jumlah yang diperolehi masih tidak lagi mencukupi. Di atas sebab itu, pihak surau mengharapkan jasa baik dari pihak tuan/puan untuk menghulurkan sumbangan bagi melengkapkan lagi kerja membaik pulih surau kami.

Justeru itu kami memohon bantuan kewangan dari pihak tuan/puan untuk tujuan tersebut dengan kadar yang termampu dari pihak tuan/puan. Oleh itu, sumbangan dari pihak tuan/puan boleh di salurkan kepada Surau Al-Ikhwan dengan menyalurkan ke dalam akaun surau yang bernombor 26208100008380 ( RHB ISLAMIC BANK ) atau terus kepada ahli jawatan kuasa surau.

Sumbangan dari pihak tuan/puan amat kami alu-alukan.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Mohd Ibrahim Idris
Pengerusi Surau Al-Ikhwan

Tuesday, July 3, 2007

Gambar Apartment Palma Puteri&Perak



"Hendaklah engkau tetap bertaqwa kepada Allah. Jika ada orang mencelamu dengan sesuatu yang dia ketahui ada dalam dirimu, maka janganlah engkau membalas celaannya dengan sesuatu yang engkau ketahui ada padanya. Dengan demikian, maka doa adalah di atas orang itu dan pahalanya adalah untukmu. Jangan pula sekali-kali engkau memaki-maki seseorang"(H.R Ahmad & Thabrani)

Monday, June 18, 2007

Apartment Palma Puteri Perak telah di singkatkan dari apartment Palma Puteri dan Palma Perak oleh jawatan kuasa Persatuan Penduduk Palma Puteri & Perak. Dimana ianya dinaungi oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi serta AJK-Ajknya yang terdiri dari:-

PENGERUSI
Tn.Hj. Ust. Basri Hj. Mohd

TIMBALAN PENGERUSI
En. Mazlan Mohamad

SETIAUSAHA
En. Raziff Mohd Sani

BENDAHARI
En. Mohd Abd. Latif Salleh

JK KESELAMATAN & INFRASTRUKTUR
En. Roslan Itam & En. Raheimi Halid

JK DAKWAH & HAL EHWAL SURAU
En. Mohd Ibrahim Idris & En. Ariffin Abd Aziz

JK PENERBITAN & PENERANGAN
En. Mohd Hatta & Tn. Hj. Misman Stat

JK PENDIDIKAN & PEM. MASYARAKAT
Cikgu Hashim & Cikgu Shahrom

JK INTERGRASI KAUM & REKREASI
En. Azahan Mohamed & En. Shufian Mohamed

JK HAK EHWAL WANITA